Perpustakaan peringatan zaba

          Sumbangan zaba

        1. Sumbangan zaba
        2. Buku karya za'ba
        3. Kpz ukm
        4. Karya zainal abidin bin ahmad
        5. Pendeta za'ba kata hikmat
        6. Kpz ukm...

          Zainal Abidin bin Ahmad

          Bagi ahli politik, lihat Zainal Abidin Ahmad (PKR).

          Jangan dikelirukan dengan Zainal Abidin bin Haji Alias.

          Tan Sri(Dr.)Zainal Abidin bin Ahmad (16 September 1895 – 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai Za'ba merupakan seorang sasterawan bahasa Melayu dan pemikir keturunan Minangkabau dan Bugis[1] yang giat menulis sekitar tahun 1940-an.

          Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.

          Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan.

          Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.

          Kehidupan awal

          [sunting | sunting sumber]

          Zainal Abidin dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri